Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, November 20, 2011

SENI BINA KOMPUTER

Dalam bidang sains komputer, seni bina ialah reka bentuk konsep dan struktur pengendalian asas sesebuah sistem komputer. Seni bina ini merupakan rangka tindakan dan perihal fungsi keperluan dan pelaksanaan reka bentuk untuk setiap bahagian komputer, terutamanya cara unit pemprosesan pusat (CPU) berfungsi secara dalaman dan mencapai alamat dalam ingatan.

Seni bina komputer juga ditakrifkan sebagai sains dan kesenian pemilihan dan penyambungan komponen-komponen perkakas untuk menghasilkan komputer yang fungsinya memadai, prestasinya memuaskan dan kosnya berpatutan.

Seni bina komputer merangkumi sekurang-kurangnya tiga subkategori utama:

  •     Seni bina set suruhan ialah imej abstrak sesebuah sistem pengkomputeran yang dilihat oleh pengaturcara bahasa mesin (atau bahasa himpunan), termasuk set arahan, saiz kata, mod alamat ingatan, daftar pemproses, dan format-format alamat dan data.

  •     Seni bina mikro, juga dikenali sebagai organisasi komputer, ialah perihal sistem tahap rendah yang lebih konkrit dan terperinci, yang melibatkan cara setiap bahagian saling berhubung dalam sistem serta saling beroperasi untuk melaksanakan seni bina set suruhan.[2] Misalnya, saiz cache sesebuah komputer ialah isu organisasi yang biasanya tiada kena-mengena dengan seni bina set suruhan.

  •     Reka bentuk sistem yang merangkumi segala komponen perkakas yang lain dalam sistem pengkomputeran seperti:

  1.     saling sambung sistem seperti bas dan suis
  2.     pengawal ingatan dan hierarki
  3.     mekanisme mematikan litar CPU seperti capaian ingatan terus
  4.     isu-isu seperti multipemprosesan.

0 comments:

Post a Comment